Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Tolak tawaran SRAM keputusan yang sukar -- Nafiizwan

nafiizwan-adnan.jpg
Bekas pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, menyifatkan keputusannya menolak tawaran menjadi jurulatih di bawah naungan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) sebagai sesuatu yang amat sukar.

Dia mengumumkan persaraannya susulan penyingkirannya dalam suku akhir Kejohanan Individu Asia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, awal bulan lalu dengan pilihan untuk terus aktif bersama skuad kebangsaan sebagai jurulatih.

Bagaimanapun, SRAM menerusi pengarah kejurulatihannya, Mejar (B) S. Maniam, dikejutkan dengan keputusan pemenang pingat gangsa perseorangan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 itu untuk membawa haluan sendiri.

Namun, Nafiizwan dan SRAM mengamalkan dasar pintu terbuka untuk bekerjasama pada masa akan datang.

"Ia mengambil masa dua bulan untuk saya putuskan sama ada mahu menjadi jurulatih atau mencapai cita-cita saya.

"Daripada perbincangan saya dengan Maniam, keadaan itu boleh dikatakan agak suram.

"Kedua-dua pihak agak terkejut.

"Macam manapun, ia perlu dihadapi dan pihak persatuan dan MSN (Majlis Sukan Negara) faham dengan keadaan saya.

"Saya ada memberitahu mereka yang saya akan kembali ke pangkuang mereka selepas cita-cita saya tercapai," katanya.

Advertisement

Must Watch Video