Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Lima pemain bola sepak wanita Iran terima suaka di Australia

iran women

Lima pemain pasukan bola sepak wanita Iran telah diberikan visa kemanusiaan oleh kerajaan Australia susulan bimbang akan berdepan hukuman dan sebarang penganiayaan di negara sendiri.

Perkara itu susulan lima pemain itu yang tidak menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka sebelum perlawanan Piala Asia Wanita di Australia minggu lalu.

Advertisement

Menurut laporan, lima pemain yang menginap di Gold Coast itu secara rahsia meninggalkan hotel bersama pasukan polis Australia ke sebuah lokasi lain.

 

 

 

 

Presiden Australia, Anthony Albanese, juga telah berhubung bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengenai lima pemain Wanita Iran itu.

"Rakyat Australia terharu dengan nasib wanita-wanita berani ini. Mereka selamat di sini, mereka sepatutnya berasa seperti berada di rumah mereka sendiri." katanya.

Antara lima pemain itu adalah Zahra Sarbali Alishah, Mona Hamoudi, Zahra Ghanbari, Fatemeh Pasandideh dan Atefeh Ramezanizadeh.


 

Topik Berkaitan

Must Watch Video