Skip to main content

Sukan Lain

TM tagih khidmat Wei Yan

chew-wei-yan.jpg
Taekwondo Malaysia (TM) sedang berusaha memujuk bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Poomsae Dunia, Chew Wei Yan, menyertai semula skuad kebangsaan menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.

Wei Yan mengambil keputusan drastik untuk bersara tahun lalu kerana acara poomsae tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun mncul pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2018.

Dalam satu laporan Nadi Arena bertarikh 20 November 2018, Wei Yan optimis persaraannya tidak akan menjejaskan peluang Malaysia mempertahankan pingat emas acara poomsae individu lelaki dalam Sukan SEA Filipina berbekalkan kehadiran atlet muda, Yong Jin Kun.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad negara,  Jin Jun-beom, berjaya memujuk semula Wei Yan kembali ke pangkuan skuad negara dan dia telah membuat penampilan dalam saingan Kejohanan Asia Tenggara di Manila, Filipina yang menyaksikan dia meraih perak dalam acara berpasukan.

Khidmatnya semestinnya ditagih kontinjen negara dalam Sukan SEA hujung tahun ini memandangkan skuad poomsae masih muda dan kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.

Skuad negara bakal menghadapi saingan Terbuka Korea, Julai depan sebagai medan persiapan dan menguji kebolehan atlet negara bagi menghadapi temasya di Manila nanti.

Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video