Skip to main content

Permotoran

TKKR SAG hentikan usaha bantu Hafizh

hafizh-syahrin.jpg
Pasukan One XOX TKKR SAG menghentikan pencarian dana demi karier pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, dan menunggu keputusan perjumpaan di antara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Karier pelumba negara itu seakan-akan tergantung apabila pasukannya, Red Bull KTM Tech 3, memilih pelumba Moto2, Brad Binder, sebagai penggantinya bagi musim depan.

TKKR SAG kemudian menyatakan hasrat mereka untuk membantu mengumpulkan dana bagi membantu pelumba berkenaan.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru memperlihatkan pasukan itu menghentikan usaha berkenaan sambil meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Syed Saddiq, Petronas dan SIC untuk meneruskannya

"Apabila saya mengeluarkan kenyataan pada awal-awal dahulu, saya sudah buat kerja, pergi sana dan sini, buat kertas kerja dan segala-galanya.

"Apabila nampak usaha yang saya buat dan tiba-tiba keluar kenyataan seperti itu daripada menteri, orang-orang yang saya jumpa itu akan tanya saya balik kerana menteri sudah nak tolong.

"Jadi macam mana? Saya nak jawab apa?

"Saya agak penatlah dengan benda-benda macam tu.

"Saya rasa lebih baik serahkan tugas itu kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Petronas dan SIC.

"Tak payahlah kami nak pening kepala untuk mencari dana tambahan.

"Perlu diingat, untuk meletakkan Hafizh dalam pasukan SAG, kami memerlukan dana," kata Prinsipal TKKR SAG, Bobie Farid Shamsudin, ketika dihubungi Nadi Arena hari ini.

Advertisement

Must Watch Video