Tirai kejohanan edisi ke-14 Kejohanan Golf TSM Challenge secara rasmi dibuka sambil menggalas tugas sebagai pentas utama pencarian bakat baru dalam kancah golf amatur remaja kebangsaan.
Pelepasan sebanyak 50 ekor burung merpati menjadi simbolik kepada bermulanya saingan sengit yang akan disajikan oleh para peserta.
Kejohanan kali ini pastinya tumpuan lebih terarah kepada penghuni ranking kedua amatur dunia, Mirabel Ting yang jelas enggan memberi laluan mudah buat mana-mana pesaing yang cuba menggugat kedudukannya untuk mempertahankan trofi juara edisi lalu.
Bagaimanapun dengan kehadiran beberapa nama besar itu seharusnya tidak menjadi hambatan buat peserta lain yang datang dengan status 'underdog' untuk membuktikan bahawa mereka juga memiliki taring yang hanya menunggu masa untuk ditonjolkan.