GOLF
Tiger Woods umum bercinta dengan bekas menantu Donald Trump
Tiger Woods mengambil langkah untuk mengesahkan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas menantu Donald Trump menerusi media sosial.
Bintang golf, Woods -- yang cukup dikenali jarang berkongsi kehidupan peribadinya -- mengesahkan dirinya menjalinkan hubungan dengan bekas isteri Donald Trump Jr., Vanessa Trump menerusi X
"Cinta kini di awangan dan kehidupan kini lebih baik bersama kamu di sisiku," kata Woods.
Love is in the air and life is better with you by my side! We look forward to our journey through life together. At this time we would appreciate privacy for all those close to our hearts. pic.twitter.com/ETONf1pUmI— Tiger Woods (@TigerWoods) March 23, 2025
Iklan
Vanessa Trump, yang bercerai dengan Donald Trump Jr. pada 2018 bagi menamatkan rumah bertangga berusia 13 tahun, turut memuat naik gambarnya bersama Woods bersama di akaun Instagramnya.
Kehidupan peribadi Woods terbongkar semasa skandal seks pada 2009 yang menjejaskan kerjayanya dan membawa kepada keruntuhan perkahwinan enam tahunnya dengan Elin Nordegren, ibu kepada dua anaknya.
Nordegren dan Woods berpisah di tengah-tengah pendedahan perselingkuhan siri bintang golf itu, dengan laporan menunjukkan dia telah meniduri seramai 120 wanita semasa perkahwinannya.
Must-Watch Video