Skip to main content

Sukan Lain

Tiga posisi selamat elak kecederaan sewaktu...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wall-climbing.jpg
Trend aktiviti lasak kian mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Malaysia tak kira sukan dakian, para glider, meneroka gua dan banyak lagi.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ramai individu yang memilih untuk tidak terlibat dengan fenomena sukan lasak itu kerana mengambil kira isu keselamatan dan juga kecergasan badan.

Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Husna Zainudin, dengan perkongsiannya mengenai 'tiga posisi selamat' untuk berehat bagi mengelakkan kecederaan ketika melakukan aktiviti wall climbing.
 

Sementara itu, berita baik untuk peminat sukan wall climbing di luar sana untuk jangan terlepas kejohanan berprestij Asia, Crank Boulder 2025 yang akan menyajikan penglibatan daripada atlet mendaki tembok dari seluruh rantau Asia. 

Kejohanan yang akan berlangsung selama dua hari itu dijangka berpotensi menjadi medan untuk mencetus inspirasi lebih ramai bakat muda untuk diketengahkan dalam sukan dakian.

"Crank Boulder 2025 akan membariskan atlet terbaik Asia, jadi ini merupakan peluang untuk menyaksikan mereka menampilkan kemahiran sekaligus memberikan inspirasi kepada peminat sukan dakian di Malaysia," kata Pengarah Komunikasi Camp5 Climbing Gym.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video