RENANG
Tidak mustahil pergi lebih jauh -- Dhuha Zilfikry
Dhuha Zulfikry dan rekod berpisah tiada!
Pemenang enam pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Muhammad Dhuha Zulfikry, mencuri tumpuan dalam Piala Dunia Renang Akuatik 2024 apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang berusia 35 tahun di Shanghai, China.
Atlet berusia 16 tahun itu melebarkan penguasaannya di peringkat antarabangsa sehingga mengatasi rekod Jeffery Ong (15:27.05s) dalam acara 1500m gaya bebas lelaki dengan catatan 14:59.80s.
Iklan
"Sejak tahun lalu saya mahu memecahkan rekod kebangsaan untuk acara jarak jauh dan mahu melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Budapest, Disember ini, katanya kepada Nadi Arena.
Keupayaan dirinya menghadirkan impian mahu mengikuti jejak langkah idolanya, Michael Phelps, dengan meraih pencapaian tersendiri.
Sukan Olimpik menjadi sasaran Dhuha selain menanam hasrat mahu menjejakkan kaki di podium kejohanan dunia satu hari nanti.
"Waktu kecil saya sering melihat video Michael Phelps dalam setiap penampilan di Sukan Olimpik. Semua penyertaannya menghadirkan kilauan pingat buat dirinya.
"Saya rasa tidak mustahil untuk saya pergi lebih jauh," tambahnya.
Must-Watch Video