Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN Shopee: Perkenalkan bintang baru JDT -- Daniesh ledak dua gol padu hukum kelab Kemboja

jdt
Advertisement

Pemain berusia 20 tahun Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Daniesh Amirruddin, mencuri tumpuan ketika barisan kendalian Xisco Munoz itu membelasah PKR Svay Rieng 6-0 dalam pertemuan Piala ASEAN Shopee, sebentar tadi.

Pemain sayap kiri itu dua kali membuktikan ketajaman penyudahnya dalam kemunculan pertamanya di peringkat antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) -- selepas sebelum ini diberikan kesempatan dalam satu aksi Liga Super --- sebaik menggantikan Yugo Cesar.

Advertisement

Kubu pencabar dari Kemboja itu pada awalnya cukup liat pada awalnya untuk mengekang keraian jaringan JDT.

Hanya tujuh minit menuju masa rehat, Arif Aiman Hanapi meletakkan tuan rumah di depan selepas satu rembatan rendah yang membuatkan penjaga gol, Vireak Dara, terpaku.

Advertisement

Harimau Selatan tidak lagi mahu menunggu lama untuk gol seterusnya, dan Marcos Guilherme menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-51.

Situasi itu bertambah mudah buat JDT apabila satu persatu jaringan mula menyusul dalam tempoh setiap 10 minit babak kedua itu melalui Kevin Medina serta Shahab Zahedi.

Dan hanya selepas seminit dimasukkan, Daniesh Amirruddin mempamerkan ketenangannya di dalam kotak penalti dengan melakukan tolakan yang melepasi Dara sebelum dia sekali mencipta gerakan hampir yang sama untuk mencetak jaringan keenam JDT. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video