TERJUN
Tidak adil. Tiada pencapaian, masalah dengan jurulatih punca digugurkan -- Pemenang emas Sukan SEA KL
'Pengguguran saya tidak adil' -- Itulah pendedahan pemenang pingat emas 10 meter platform seirama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Hanis Nazirul Jaya Surya, yang tidak lagi bersama kem terjun negara dalam Persekutuan Renang Malaysia (MAS) tahun ini.
Berita yang diterimanya itu pada akhir tahun lalu dianggap sebagai tiada rezeki buatnya, sekali gus mengesahkan persaraan sebagai atlet terjun kebangsaan.
"Sebenarnya saya digugurkan kerana tiada pencapaian dalam masa dua tahun.
Iklan
"Saya juga mengalami masalah terhadap teknik ketika berlatih dan isu bersama jurulatih.
"Saya sudah rasa tidak boleh pergi jauh.
"Saya menerima perkara tersebut dengan rasa tidak adil tetapi saya percaya masih ada peluang baru di luar sana," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Begitupun, Hanis yang cuba menelan kepahitan mengenai hakikat tersebut masih berharap dan optimis terhadap pengalamannya untuk megorak langkah dalam bidang kejurulatihan selepas ini.
"Sukar untuk menerima kenyataan bahawa saya sudah tiada dalam kem kebangsaan.
"Mungkin bukan rezeki saya dan sampai masa untuk bertukar bidang.
"Saya berkemungkinan bertukar arah kepada aspek kejurulatihan untuk melahirkan bakat baru selain mahu anak buah menyertai beberapa pertandingan selepas ini," tambahnya.
Must-Watch Video