Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang, menghuni ranking kedua dunia dalam acara keirin selepas meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016.
Bagaimanapun, pelumba yang dikenali sebagai Pocket Rocketman itu membayangkan kesukaran untuk memintas kedudukan pelumba Jerman, Joachim Eilers, dalam siri Piala Dunia Klasik di Glasgow dari 4 hingga 6 November ini.
"Saya tidak ada fokus untuk menempatkan diri di tempat teratas dalam Piala Dunia ini. Disebabkan saya wajib untuk menyertainya, dengan prestasi belum terbaik, jadi tiada sasaran untuk memberi persemabahan terbaik di sana," katanya.
Sebaliknya, Azizulhasni menetapkan misinya untuk bergelar juara dunia bagi acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, tahun depan.
"Insya-Allah, kami rancang untuk beraksi lebih baik dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, di mana saya hampir meraih pingat emas di London pada tahun lepas.
"Lebih kurang enam bulan persiapan untuk tahun ini, diharapkan saya dapat memakai jersi pelangi tahun ini."
Kegusaran Azizulhasni untuk memintas Eilers adalah relevan berdasarkan jurang kutipan mata yang agak ketara, dengan pelumba dari Terengganu ini mengumpul 2,720 mata berbanding Eilers sebanyak 3,355 mata.
Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, berada di kedudukan ke-30 dengan 1,062 mata.
Pusingan pertama Piala Dunia berbasikal trek 2016-2017 akan berlangsung dari 4 hingga 6 November ini, dengan Glasgow, Scotland sebagai venue kejohanan.
Ranking keirin dunia (lelaki)
1. Joachim Eilers (Jerman) - 3,355 mata
2. Azizulhasni Awang (Malaysia) - 2,720 mata
3. Yuta Wakimoto (Jepun) - 2,715 mata
...30. Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Malaysia) - 1,062 mata