"Saya mampu buat aksi lebih baik"," itu luahan atlet renang lelaki negara, Welson Sim, yang menganggap aksinya dalam Kejohanan Terbuka Malaysia masih bukan di tahap yang diinginkan.
Welson hanya berjaya memperbaharui satu rekod kejohanan, iaitu dalam acara 200 meter gaya bebas lelaki, dengan catatan 1 minit 48.50 saat.
Meskipun puas dengan rekod tersebut, dia menyifatkan masih lagi mampu untuk meraih pencapaian yang lebih baik daripada segi catatan masa.
Bagi Welson, kekurangan saingan daripada atlet lain menjadi punca dia tidak berasa tercabar untuk mempamerkan aksi yang sebenar.
"Jika ada pesaing lain yang lebih baik dalam kejohanan ini, sudah tentu ia akan membuatkan saya untuk memberikan aksi yang lebih baik.
"Tetapi secara keseluruhan prestasi saya agak baik," kata Welson.
Seorang lagi atlet, Chan Jie, pula melihat peluangnya beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini buat kali pertama dilihat cerah selepas meraih tiga pingat emas.
Secara keseluruhan, dia tidak menolak prestasinya masih belum di tahap sebenar tetapi tetap berpuas hati dengan catatan masa, khususnya bagi acara kegemarannya, 100m dan 50m gaya bebas.
"Dalam acara ini, prestasi saya sangat baik. Peluang saya ke Kuala Lumpur 2017 agak tinggi kerana saya muncul perenang terbaik dalam dua acara itu ketika ini," ujar Chan Jie.