SUKAN LAIN
Tiada laluan automatik buat atlet petanque
Setiausaha Kehormat Persekutuan Petanque Malaysia (PPM), Fouzee Aziz, menegaskan tiada laluan automatik buat pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sebaliknya mereka perlu merebut tempat dalam skuad kebangsaan menjelang edisi di Filipina, November depan.
Ketika ini, seramai 12 atlet sedang menjalani latihan dengan skuad kebangsaan dan nasib mereka akan ditentukan selepas Kejohanan Piala PPM, 27 April ini.
Antara atlet yang terlibat ialah pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Hafizuddin Mat Daud.
Iklan
"Ia persaingan bagi setiap negeri.
"Apabila pasukan kebangsaan bersaing dengan pasukan negeri, ia akan memberikan satu persaingan daripada segi mental kerana pasukan negeri pasti akan memberikan saingan yang hebat.
"Kami mahu menyaksikan kemampuan pasukan kami," katanya.
Sementara itu, Presiden PPM, Datuk Radzi Mansor, menyasarkan satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa daripada empat kategori yang dipertandingkan dalam temasya di Manila nanti.
"Terima kasih buat rakan-rakan yang memilih saya sebagai presiden.
"Sudah pasti kami mahu menyasarkan pingat emas sebanyak mungkin, namun ia berdasarkan acara yang dipertandingkan," katanya.
Must-Watch Video