Dominic Thiem berkata kembali beraksi di atas gelanggang tanah liat ibarat pulang ke rumah tatkala dia mempersiapkan diri untuk aksi pertama selepas kekalahan dramatik di tangan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir Terbuka Australia.
Bintang Austria itu hanya memerlukan satu set untuk meraih kejuaraan Grand Slam pertama di Melbourne sebelum Djokovic bangkit untuk menang 6-4, 4-6, 2-6, 6-3, 6-4.
Dua minggu selepas kekalahan itu yang disifatkan oleh Thiem sebagai sesuatu yang sukar untuk diterima, pemain nombor empat dunia itu positif dan bersedia untuk berdepan cabaran dalam Terbuka Rio.
Thiem akan memulakan kempen menentang wakil tuan rumah, Felipe Meligeni Alves, hari ini dan merupakan pemain tunggal daripada kelompok 20 terbaik dunia yang mengambil bahagian dalam acara ATP 500 itu.
"Kembali beraksi di atas tanah liat seperti pulang ke rumah," katanya yang menjuarai edisi 2017.
"Saya sukakan permukaan itu dan sangat gemar dengan Amerika Selatan. Ia keadaan yang berbeza.
"Saya mengharungi pengalaman hebat, menang di sini, dua kali muncul juara di Buenos Aires, jadi ia mudah untuk saya kembali ke sini."
Dia juga menambah: "Saya gembira dengan keadaan di Melbourne. Ia adalah dua minggu yang memeritkan. Saya berjaya tundukkan tiga pemain daripada kelompok 10 terbaik dunia tetapi tewas 6-4 di tangan Djokovic pada set kelima.
"Sudah tentu ia sesuatu yang mengecewakan. Namun, daripada sudut lain, ia adalah satu saingan dan permulaan yang bagus untuk musim ini. Saya harap dapat meneruskan prestasi yang bagus."
Editor: Nafis Abdullah