Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Terlepas Sukan Asia, Azroy tekad buktikan kemampuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azroy-angkat-berat.jpg
Atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, yang masih terkesan dengan penggantungan sukan itu dalam kejohanan besar, termasuk Sukan Asia 2018, terlalu dahagakan aksi kompetitif di luar negara dan cemburu dengan kontinjen negara di Indonesia.

Cemburu tetapi bukan bermaksud tidak gembira dengan pencapaian yang diraih rakan sepasukan dalam temasya Jakarta-Palembang itu.

Hanya rasa terkilan apabila dirinya yang bersih daripada kes doping turut terkena tempias apabila sukan angkat berat digantung daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa, termasuk Sukan Asia 2018. 

Azroy yang kekal berlatih seperti biasa sememangnya merindukan saingan kompetitif luar negara, apatah lagi selepas menyaksikan kejayaan diraih atlet di Indonesia.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 berkenaan mungkin hanya akan ke kejohanan tempatan di Sabah  penghujung tahun ini.

"Saya berasa sedih kerana sangka dapat meraih pengalaman dalam Sukan Asia tetapi tidak kesampaian. 

"Saya lihat atlet-atlet yang ke sana berasa gembira selain faktor menteri belia dan sukan yang baru. 

"Jadi, saya akan fokus kepada kejohanan tempatan," katanya. 

Apa yang pasti, Sukan SEA Manila 2019, Kejohanan Angkat Berat Asia dan Kejohanan Dunia 2019 pada September tahun depan menjadi sasaran utama Azroy yang bertekad mahu membutirkan pingat buat negara.

"Saya dan Aznil Bidin bertekad untuk mendapatkan slot dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Saya berpesan kepada Aznil bahawa kami berdua perlu membuat satu kelainan, iaitu layak secara merit. 

"Kami mahu membuktikan kami mampu melakukannya," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video