Skip to main content

Futsal

(Terkini) Selangor 'mengganas', kenduri gol sebelum dinobat juara!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel_1.jpg
Selangor dinobatkan juara Piala Futsal Malaysia (MFC) 2025 selepas menewaskan Pahang Rangers 13-3 dalam pentas akhir yang berlangsung di N9, Arena, Nilai, Negeri Sembilan, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan 10 jaringan tercipta selepas The Red Giants selesa mendahului 9-1 dengan empat daripadanya menerusi pemain dari Brazil, Vitor Fernandes.

Tiga gol lagi daripada Syahir Iqbal dan satu gol lagi daripada Evandro Borges dan Faris Johan. Manakala, gol tunggal Pahang hadir menerusi Razin Rahim.

Pahang cuba bangkit dalam separuh masa kedua dengan corak permainan powerplay, namun kesilapan yang dilakukan pemain Pahang memberikan Vitor peluang untuk menambah jaringan menjadikan kedudukan 10-1.

Selang beberapa minit kemudian giliran Khairul Effendy menambah derita skuad Tok Gajah sebelum Vitor sekali lagi memanfaatkan peluang dengan jaringan keenamnya untuk kedudukan menjadi 12-1.

Iqhmal Najmie dan Moura menjadi penjaring kedua Pahang dalam babak kedua perlawanan.

Skuad kendalian Luis Fonseca Cilleros terpaksa akur dengan dominasi Selangor, malah jaringan terakhir Vitor dua minit sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan 13-3.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat sekali gus menjadikan juara bergelar juara untuk saingan edisi kali ini.

Advertisement

Must Watch Video