Skip to main content

Olimpik

TERKINI Paris 2024: Shoot-off paksa Ariana terlepas pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ariana.jpg
Pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, terlepas peluang untuk membawa cabaran ke pusingan kedua Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas kepada wakil Itali, Chiara Rebagliati.

Ariana turun selepas rakan senegara, Syaqiera Mashayikh, beraksi semalam sebelum terkandas di pusingan 16.

Kedua-dua pemanah telah melakukan bidikan cemerlang sepanjang lima pusingan hingga terikat 5-5 dan diheret ke shoot-off.

Bagaimanapun, bidikan sembilan Ariana gagal menyaingi 10 yang dilakukan Chiara sekaligus menyaksikan wakil negara itu gagal membawa cabaran ke pusingan berikutnya. 

Di sebalik kekalahan tersebut, Ariana telah mempamerkan persembahan yang terbaik buat Malaysia bagi edisi kali ini. 

Advertisement

Must Watch Video