OLAHRAGA
TERKINI Olahraga MSSM: Danish Iftikhar angkat reputasi Johor lahirkan raja pecut remaja
Pelari Johor, Danish Iftikhar Bin Muhamamad Roslee, menepati ramalan selepas menjuarai acara 100 meter lelaki akhir Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 di Ipoh, sebentar tadi.
Sebelum ini dia mencipta sensasi awal dengan meraih catatan baru dengan larian 10.51s bagi memadam rekod yang dipegang Rayzam Shah Wan Sofian yang berusia 18 tahun.
Iklan
Dalam pusingan akhir tadi, Danish mencatatkan larian 10.63s untuk bergelar juara.
Dalam pada itu, tempat kedua pula dimenangi atlet dari Kedah, Aiman Ikhwan Bin Yahya, yang mencatat 10.71s dan tempat ketiga dimenangi Dylan Leo Saran Stephen dari Sarawak dengan catatan masa 10.73s.
"Alhamdullillah. Syukur sangat. ini semua rezeki daripada Allah.
"Segala latihan yang ditetapkan jurulatih dan bapa saya membuahkan hasil dan yang paling penting adalah kekal konsisten.
"Saya tidak sasar untuk memecahkan rekod kerana hanya melakukan larian yang terbaik saya.
"Selepas tamat MSSM, saya akan fokus untuk SPM terlebih dahulu kemudian kembali menjalani latihan.
"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan. Emas ini adalah untuk anda semua."
Must-Watch Video