Skip to main content

Sukan

TERKINI MSSM 2025: 24 sukan dipertandingkan di seluruh negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mssm.jpg
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasminya mengumumkan takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 yang akan bermula sekitar Mei, Ogos dan September tahun ini.

Perasmian tersebut berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya menandakan program sukan sekolah seluruh negara akan kembali mewarnai saingan termasuk dengan misi melahirkan atlet bertaraf kebangsaan di kalangan murid sekolah.

Jika tahun lalu, setiap pertandingan dianjurkan berkonsepkan karnival dan mendapat sambutan menggalakkan. 




Namun, tahun ini kaedah baru dilaksanakan melibatkan dua fasa dengan semua negeri menjadi tuan rumah membabitkan 24 pertandingan secara keseluruhan.

Dengan slogan 'MSSM Pemacu Kecemerlangan Sukan', setiap atlet harus bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik untuk meningkatkan tahap prestasi yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak. 


 

Advertisement

Must Watch Video