BERBASIKAL
TERKINI ACC: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan lagi!
The Pocket Rocketwoman, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, melakar sensasi selepas memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 10.685 saat menerusi acara pecut individu, sebentar tadi.
Dia mencipta rekod baru itu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 dalam pusingan kelayakan dengan dia turut meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir dalam kejohanan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai itu.
Catatan itu memadam rekod lama yang turut dicipta oleh atlet trek negara berusia 22 tahun itu Ketika di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan catatan masa 10.709s.
Iklan
Untuk rekod, dia turut memecahkan rekod kebangsaan ketika mempertahankan pingat perak menerusi acara pecut wanita berpasukan semalam dengan catatan masa baru iaitu 48.458s, sekali gus menutup rekod lama 49.025s yang dicipta pada 2023.
Must-Watch Video