Atlet terjun negara, Wendy Ng Yan Yee, menganggap dia mampu menampilkan aksi lebih baik dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang sekiranya mempunyai tempoh persiapan secukupnya.
Sukan Asia menjadi kejohanan pertama buat Yan Yee setelah selesai menjalani penggantungan lapan bulan akibat kes doping.
Nyata, sepanjang tempoh itu, dia tidak banyak menjalani latihan secara konsisten di samping mengalami kecederaan belakang.
Namun, ia tidak menggugat atlet berusia 25 tahun berkenaan selepas meraih pingat perak bersama Nur Dhabitah Sabri bagi acara 3 meter papan anjal seirama wanita.
Sementara itu, saingan individu bagi acara yang sama menyaksikan dia meraih kedudukan kelima keseluruhan.
"Saya tidak cergas tetapi saya meraih nombor lima.
"Saya bersyukur tuhan memberikan saya kekuatan saya akan boleh menjadi lebih baik.
"Saya hanya membuat persiapan singkat dan saya gembira dapat menyumbang perak," katanya.
Dalam pada itu, Yan Yee mengakui masih belum mempunyai perancangan mengenai sebarang pertandingan yang akan disertainya selepas ini.
Jelasnya, apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk memastikan dirinya kembali cergas 100 peratus, sekali gus berada di tahap yang lebih baik.
"Saya belum memikirkan apa-apa kejohanan lagi.
"Saya akan mengambil percutian singkat memandangkan saya telah bekerja keras untuk menjalani persiapan yang singkat.
"Kecederaan masih terasa dan sebaik pulang, saya mahu membuat pemulihan yang betul," katanya lagi.