Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Wendy, Dhabitah ke final 3m individu papan anjal

wendy.jpg
Angin kencang menjejaskan aksi penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, ketika saingan peringkat kelayakan 3 meter individu papan anjal apabila menghuni ranking ketujuh dengan catatan 276.60 mata, namun dia dan rakan sepasukan, Nur Dhabitah Sabri, tetap melayakkan diri ke final, malam ini.

Dalam aksi di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, Wendy menduduki tempat ketujuh tatkala Dhabitah melakar kutipan 303.65 untuk berada di ranking keempat.

Bagaimanapun, Wendy menegaskan dia tetap berpuas hati selepas melayakkan diri ke final walaupun mengakui keadaan angin kencang memberi impak kepada terjunannya.

“Apa yang penting adalah melayakkan diri ke final. Saya yakin aksi di pentas akhir mampu menterjemahkan persembahan yang lebih baik,” kata Wendy.

“Walaupun tidak berpuas hati, saya tetap ke final. Saya berbangga dapat melakukannya. Ada penerjun yang hebat dan saya hanya percaya kepada kemampuan diri sendiri. Saya juga baru kembali dan tidak mahu berharap begitu tinggi.

“Sudah tentu angin kuat memberi kesan tetapi kami melakukannya dengan baik. Saya gembira dengan persembahan saya.”
 

Advertisement

Must Watch Video