Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Ujian pertama Kimberly, Jasmine

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kimberly-bong.jpg
Ibarat satu ujian pertama yang sangat mencabar untuk dua penerjun, yang membuat kemunculan pertama dalam Sukan Komanwel 2018, bagi berdepan saingan bertaraf dunia.

Kimberly Bong antara yang termuda beraksi pada usia 16 tahun tatkala Jasmine Lai baru kali pertama merasai pengalaman Sukan Komanwel pada usia 23 tahun.

Kimberly yang meraih pingat emas Sukan SEA 2017 tidak kurang hebatnya apabila dia meraih kedudukan 10 terbaik acara 3 meter papan anjal mengetepikan Nur Dhabitah Sabri di tempat ke-11.

Walaupun tidak meraih pingat, dia menganggap Sukan Komanwel ini sebagai satu permulaan mencabar tetapi memberikan satu pengalaman berguna bersaing bersama penerjun bertaraf dunia.

"Banyak yang boleh dipelajari daripada mereka seperti teknik dan kawal gemuruh," kata Kimberly.

Jasmine pula, yang meraih tempat kelapan 1m papan anjal dan beraksi dalam pusingan kelayakan sahaja bagi 3m papan anjal, menganggap prestasi hambarnya akan menjadi satu pengajaran untuk beraksi lebih baik dalam temasya besar seperti ini

""Sukan terjun tidak sama seperti sukan lain. Lebih banyak tumpuan perlu diberi, tambahan pula keadaan di sini berangin," ujar Jasmine pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video