Atlet pencak silat Kazakhstan, Traize Regina, hadir ke Piala Sport School Junior Fighter (SSJF) 3.0 anjuran Kelab Silat Olahraga Wira Titiwangsa (KSOWT) yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.
Walaupun baru berusia 25 tahun, namun namanya cukup dikenali atas pencapaian merangkul beberapa podium dalam Kejuaraan Pencak Silat ASEAN 2024.
Ia, termasuk kejayaan meraih tempat pertama dalam kategori tunggal puteri pada kejohanan edisi ke-10 itu pada Julai lalu di Vietnam.
Piala SSJF bukan sekadar medan pertandingan tetapi juga pentas yang meraikan kecemerlangan disiplin dan semangat juang atlet pencak silat dari seluruh pelusuk negara.