Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Pandelela tarik diri akibat kecederaan

yukun.jpg
Pemangku ketua jurulatih terjun negara, Zhang Yukun, mengesahkan Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10m platform terjun seirama Sukan Asia Indonesia di Pusat Akuatik, Gelora Bung Karno esok ekoran kecederaan belakang dan masih belum pasti menyertai saingan individu.

Skuad terjun negara menerima tamparan apabila Pandelela terpaksa menarik diri daripada acara sandaran pingat itu.

Ratu terjun negara itu mengalami kecederaan belakang ketika menjalani latihan, semalam.

Tempatnya dalam acara 10m platform terjun seirama akan digantikan oleh Nur Dhabitah Sabri yang akan bergandingan dengan Leong Mun Yee.

Kedua-dua penerjun itu meraih gangsa Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.

Ia tamparan kedua selepas juara dunia, Cheong Jun Hoong, terpaksa menarik diri bulan lalu ekoran kecederaan.

"Pandelela cedera ketika berlatih dan kami tidak mahu mengambil risiko besar. Buat masa ini, Dhabitah akan turun sebagai pengganti di mana gandingan ini berjaya meraih pingat Sukan Komanwel. 

"Bagi Pandelela, kami akan menilai tahap kecederaannya dalam masa terdekat sebelum membuat keputusan mengenai acara individu," kata Yukun.

Skuad negara masih gagal meraih emas sejak acara terjun dipertandingkan buat kali pertama dalam temasya 1951 di New Delhi ekoran dominasi China.

Advertisement

Must Watch Video