Atlet terjun negara, Leong Mun Yee, bertekad mahu terus kompetitif untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi sebelum mempertimbangkan keputusan bersara selepas menamatkan kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, Jakarta dengan satu pingat gangsa.
Mun Yee bersama Nur Dhabitah Sabri menjadi gandingan “bidan terjun” bagi acara 10 meter platform seirama wanita susulan penarikan diri Pandelela Rinong akibat kecederaan.
Latihan singkat selama dua hari tidak menggugat rentak mereka untuk menyumbangkan gangsa.
Cabaran Mun Yee tamat selepas meraih tempat kelapan saingan 1m papan anjal individu wanita yang menjadi medan Sukan Asia yang terakhir buat dirinya.
Begitupun, dia tetap ingin memberikan persaingan dalam merebut tempat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya beri sendiri tempoh dua tahun lagi, kalau boleh nak bersaing dalam Sukan Olimpik.
"Saya lebih memberi tumpuan kepada aksi 10m platform seirama wanita sebaik mengetahui akan bertanding dalam acara itu," kata Mun Yee.
Dalam perkembangan sama, Mun Yee menganggap penyertaannya dalam temasya kali ini memuaskan kerana mengetahui cabaran yang dihadapi ternyata lebih hebat berbanding edisi sebelumnya.
Pencapaiannya itu menghadiahkan Mun Yee pingat keenam peribadi sejak dia memenangi gangsa acara 3m papan anjal individu dan seirama bersama Elizabeth Jimie dalam edisi 2006 di Doha.
"Saya berpuas hati meraih satu pingat kerana sedar peluang kami lebih cerah dalam 10m platform seirama wanita," katanya lagi.