Skip to main content

Sukan Asia

Terjun: Kimberly, Dhabitah gagal pamer terjunan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhabitah14418.jpg
Dua penerjun wanita negara, Kimberly Nong dan Nur Dhabitah Sabri, sekadar berpuas hati di tempat ke-10 dan ke-11 dalam final 3 meter papan anjal, Sukan Komanwel Gold Coast di Pusat Akuatik Optus, hari ini.

Dhabitah, yang diberi harapan terakhir untuk cuba meraih pingat buat negara, menamatkan saingan di tempat ke-11 untuk menyamai pencapaiannya di Glasgow, tetapi dengan jumlah mata yang lebih rendah, iaitu 264.90.

Terjunan pertama tidak begitu kemas untuk Dhabitah hanya mendapat 45.00 mata dan kesilapan ketara pada terjunan kedua menyebabkannya menerima 27.90 mata sahaja. 

Walaupun penerjun yang pernah beraksi dalam Sukan Olimpik Rio itu memperbaiki tiga terjunan terakhir, ia masih belum cukup untuknya berada dalam kedudukan terbaik secara keseluruhan. 

"Tidak tahu kesilapan siapa sebab bukan selalu kita berada di atas. Kalau selalu di atas itu ada masalah lah.

"Daripada situ kita perlu belajar semula. Kalau kita berada di atas, kita perlu belajar semula," kata Dhabitah.

Aksi Kimberly dalam final dilihat lebih baik apabila meraih tempat ke-10 dengan kutipan 270.10 mata secara keseluruhan. 

Penerjun berusia 16 tahun itu konsisten di mana terjunan terakhir membantu memperbaiki catatan mata untuknya menamatkan saingan di kedudukan ke-10 dalam penampilan sulung Sukan Komanwel.

"Agak gementer tetapi saya nikmati pertandingan saya ini. Secara keseluruhannya, saya gembira dengan persembahan saya sebab tiada kesilapan besar.

"Tiga hari berturut-turut beraksi, jadi mental pun penat," kata Kimberly.

Jennifer Abel dari Kanada memenangi emas acara itu dengan catatan keseluruhan 366.95 mata manakala peserta tuan rumah, Maddison Keeney (366.55) dan Anabelle Smith (336.90), masing-masing memperoleh perak dan gangsa.

Advertisement

Must Watch Video