SUKAN ASIA 2018
Terjun: Hasrat Amsyar tidak tercapai
Hasrat penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, untuk meraih pingat dalam acara 1 meter papan anjal Sukan Asia 2018 tidak tercapai apabila mengakhiri saingan di tempat keempat di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Berada di tahap terbaik, Amsyar mengharapkan tuah hari jadinya yang ke-26 mampu menjadi hadiah istimewa untuknya dalam Sukan Asia kali ini.
Bagaimanapun, selepas enam terjunan, dia meraih 362.60 mata untuk mengakhiri saingan di tempat keempat.
Iklan
"Saya telah cuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada semua penerjun negara," kata Amsyar.
Wakil China, Peng Jianfeng dan Liu Chengming mendominasi acara untuk memenangi pingat emas dan perak sementara Woo Haram dari Korea Selatan membawa pulang gangsa.
Seorang lagi wakil negara, Muhammad Syafiq Puteh sekadar di tempat ketujuh dengan 334.20 mata.
"Saya agak gementar pada aksi final hari ini. Ketika sesi pemanas badan, saya tidak dapat melakukan kesemua enam terjunan saya," kata Syafiq.
Must-Watch Video