Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) buat julung kalinya menganjurkan Liga Sepak Takraw Remaja Sekolah Terengganu (LSRST), bermula esok.
Presiden PSNT, Shapian Ali, berkata 19 pasukan akan mengambil bahagian dalam dua acara iaitu regu bawah 11 tahun dan berpasukan bawah 14/16 tahun dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM5,000.
Menurutnya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada matlamat persatuan dalam mencari bakat baru pada peringkat akar umbi serta menyediakan skuad pelapis negeri.
“Usaha ini penting untuk memastikan Terengganu tidak ketandusan melahirkan pemain sepak takraw pada masa akan datang.
“Malah, dengan penganjuran ini PSNT dapat mengenal pasti muka baru untuk diserap ke skuad projek Sukan Malaysia (Sukma) 2020," katanya.
Bakal berjalan lebih sebulan, lapan buah sekolah rendah dari lapan daerah akan menyertai kategori sekolah rendah.
Sementara itu, dalam kategori menengah, adalah Projek Akademi Sepak Takraw Terengganu, Sekolah Sukan Bukit Nenas dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu yang juga tuan rumah LSRST.