Skuad woodball Terengganu muncul juara keseluruhan Kejohanan Woodball Kebangsaan Ke-13 yang melabuhkan tirainya di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, kelmarin.
Kelebihan selaku tuan rumah dimanfaatkan sepenuhnya kontinjen Terengganu yang mengutip lapan pingat emas, enam perak dan dua gangsa.
Menurut Presiden Persatuan Woodball Negeri Terengganu (PWNT), Salim Mahfudz, pencapaian itu jauh melepasi sasaran awal tiga pingat emas yang diletakkan mereka sebelum ini.
Ujarnya, dengan tujuh pingat emas dikutip daripada kategori remaja, negeri itu kini di landasan tepat untuk muncul pasukan terbaik di peringkat kebangsaan pada masa akan datang.
“Tidak dinafikan kami gagal bersaing dalam acara terbuka lelaki, namun masih mampu memenangi satu emas dalam acara terbuka wanita melalui Siti Hajar Mamat dan Siti Syamimi Rahman (perak).
“Sekurang-kurangnya kejayaan dalam acara wanita berjaya menghalang penguasaan Pahang bagi kategori terbuka,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Woodball Malaysia (MWA), Elaine Tan, mengesahkan 12 atlet terbaik telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Woodball Pantai Dunia di Indonesia, September ini.
Empat atlet Pahang, Ismail Abdul Rahman, Sharnuddin Ngah, Zahir Mohd Zain dan Ariffin Mamat serta dua atlet Perlis, Mohd Fahmi Abdullah dan Azhar Abdul Wahab akan membawa cabaran negara dalam kategori lelaki.
Kategori wanita pula akan disertai Siti Hajar, Siti Syamimi, Nurul Nasuha Ma’rof (Terengganu) serta tiga atlet Pahang, Aniah Hassan, Loo Lee Lee dan Datin Widi Lestari.
“Latihan pusat akan bermula selepas Aidilfitri di Rompin, Pahang dan diharapkan mereka mampu mengekalkan rentak prestasi mereka,” tambah Elaine.
Salim dan Elaine ditemui selepas majlis penyampaian hadiah. Turut hadir ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Presiden Persatuan Woodball Asia, Thomas Kok.