Selepas sekadar menamatkan kejohanan dalam kedudukan empat terbaik sejak edisi 2014, pihak pengurusan skuad ragbi Terengganu meletakkan sasaran menjuarai Piala Agong yang akan bermula esok.
Namun, tugas itu bukan mudah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi halangan pertama pasukan itu dalam aksi pembukaan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.
Kelebihan selaku tuan rumah dalam perlawanan itu, serta tuan rumah peringkat separuh akhir dan akhir, memberi sedikit kelebihan buat Terengganu menghadapi kejohanan edisi ke-35 ini.
Begitupun, menurut jurulatihnya, Khairizal Ali Amat, persiapan tidak begitu berpihak kepada mereka sambil mengharapkan keserasian pemain dapat dibentuk dalam masa yang singkat.
Katanya, dengan hanya dibarisi 23 pemain ketika ini, tujuh lagi masih berada di ibu negara dan hanya akan menyertai sesi latihan terakhir mereka, hari ini.
“Selain pemain dari Terengganu, pasukan ini juga diperkuatkan pemain kelab UPM Serdang Angels serta empat pemain import dari Fiji. Jadi, kombinasi kesemua mereka perlu dimantapkan lagi.
“Aksi pada Sabtu (esok) agak sukar kerana pasukan lawan melakukan persiapan rapi dan tekanan sentiasa dirasai.
“Beraksi di gelanggang sendiri, saya harap pemain-pemain dapat mengharunginya dan bermula dengan langkah kanan,” ujarnya.
Dua pemain import Terengganu, Sevanaia Natuitagalua dan Timoci Vunimoku, merupakan pemain yang turut bersama pasukan itu tahun lalu.
Bagi Sevanaia, 25, kehadirannya kali ini diharapkan dapat berakhir dengan kejayaan manis.
“Terengganu adalah pasukan yang bagus dengan pemain-pemain yang berkualiti.
“Kami akan berganding bahu untuk melakar kemenangan, sekaligus menjuarai kejohanan tahun ini,” katanya.
Menyertai pasukan itu buat pertama kali ialah dua lagi rakan senegaranya, Tuiba Batiratu dan Suliasi Tavodi.
Selepas bertemu PDRM, Terengganu akan melengkapkan perlawanan Kumpulan C menentang Negeri Sembilan di tempat lawan pada 5 Ogos ini.