SUKAN LAIN
Terbuka Singapura: Rafiq raih gelaran pertama 2019
Selepas ketandusan kejuaraan sejak awal tahun ini, atlet boling negara, Muhammad Rafiq Ismail, akhirnya memenangi gelaran pertama musim ini dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura di Singapura, semalam.
Olahragawan Negara 2018 itu menjuara kategori lelaki terbuka selepas mengalahkan peserta Korea Selatan, Kim Jun Young, 188-180 di pentas final Masters.
Kejayaan itu membolehkan Rafiq membawa pulang hadiah wang tunai S$25,000 (RM76,364) manakala Jun Young menerima S$12,000 (RM36,654).
Iklan
Dalam kategori terbuka wanita, peserta tuan rumah, Bernice Lim, mengalahkan rakan senagara, New Hui Fen, 214-213 bagi saingan final Masters.
Lim dan New masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $10,000 (RM30,545) dan S$5,000 (RM15,272), selaku juara dan naib juara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video