Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Pliskova cemas sebelum mara

karolinapliskova.jpg
Karolina Pliskova mengatasi waktu cemas sebelum menghidupkan perjalanannya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Flushing Meadows, awal pagi tadi.

Selepas Simona Halep ditunjukkan jalan keluar oleh pemain daripada pusingan kelayakan, Taylor Townsend, semalam, peminat di Flushing Meadows hampir menyaksikan satu lagi kejutan besar apabila Ons Jabeur mengheret Pliskova ke set penentuan.

Bagaimanapun, pemain pilihan ketiga kejohanan itu mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 untuk bertemu Johanna Konta.

Pliskova pada awalnya tidak berdepan masalah apabila mudah memenangi set pertama 6-1 ke atas lawan di ranking ke-62 dunia, Jabeur.

Bagaimanapun, pemain Tunisia berkenaan bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan dan Pliskova memerlukan lebih daripada dua jam untuk melakar kemenangan 6-1, 4-6, 6-4.

Selepas perlawanan itu, bekas pemain nombor satu dunia berkenaan jelas tidak berpuas hati dengan prestasinya.

"Anda tahu saya mungkin berdepan masalah disebabkan diri saya sendiri berbanding dia.

"Sudah pasti disebabkan permainannya, apabila anda tidak berasa selesa dan permainannya bukanlah sesuatu yang anda gemari kerana dia akan memberikan segala-galanya.

"Saya tidak tahu sama ada dia sedar apa yang dia lakukan dan ya, ia agak menyukarkan.

"Pada akhirnya, ia bagus.

"Ia perlawanan yang sukar buat saya.

"Ia sudah pasti bukan perasaan yang baik tetapi saya menang dan ia bagus," katanya.

Advertisement

Must Watch Video