SUKAN LAIN
Terbuka Perancis: Siniakova yakin mampu singkirkan Osaka
Kegagalan Naomi Osaka mendapatkan aksi cemerlang sejak permulaan saingan Terbuka Perancis melonjakkan keyakinan Katerina Siniakova untuk menamatkan cabaran pemain nombor satu dunia itu daripada merangkul gelaran utama buat kali ketiga berturut-turut.
Juara Terbuka AS dan Australia, Osaka, terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengatasi Anna Karolina Schmiedlova dan Victoria Azarenka dalam dua perlawanan pertama di Roland Garros.
Pemain berusia 21 tahun itu gagal untuk mengulangi persembahan tersebut ketika berdepan Siniakova -- pemain dalam ranking utama saingan beregu -- dan tewas 6-4, 6-2 di Gelanggang Suzanne-Lenglen, semalam.
Iklan
Ia merupakan kemenangan pertama pemain kelahiran Republik Czech itu ke atas pemain dalam ranking tiga terbaik dunia tetapi dia berasakan Osaka, yang mengakui tertekan turun beraksi selaku pemain nombor satu dunia, kelihatan mampu diatasi sebelum mereka turun ke gelanggang.
"Saya berasakan terdapat peluang, kerana Osaka menghadapi pusingan pertama dan kedua yang sukar, jadi saya melihat dirinya turun tanpa keyakinan seperti yang dimiliki sebelum ini," kata Siniakova.
"Saya hanya cuba untuk memberikan tumpuan kepada permainan saya dan bersedia untuk perlawanan yang sukar. Tetapi saya berasakan terdapat peluang buat kami.
"Saya boleh katakan dia lebih agresif berbanding saya. Ia merupakan perlawanan Osaka. Saya cuba untuk mengejar setiap pergerakannya sepanjang permainan.
"Ia perancangan yang berhasil dan saya meraih kemenangan berharga untuk ke pusingan seterusnya."
Must-Watch Video