Serena Williams berasakan kurang waktu permainan dan bercadang untuk meraih tiket wildcard dalam saingan gelanggang rumput bagi mempertingkatkan tahap kecergasannya menjelang Wimbledon.
Bekas pemain nombor satu dunia itu mengejar rekod sepanjang zaman Margaret Court yang meraih 24 gelaran utama, namun perjalanannya terhenti dalam pusingan ketiga selepas tewas 6-2, 7-5 kepada Sofia Kenin dalam saingan Terbuka Perancis, semalam.
Pemain berusia 37 tahun itu bergelut dengan kecederaan lutut kiri sejak beberapa bulan lalu dan terpaksa menarik diri daripada Terbuka Miami dan Itali manakala serangan penyakit virus memaksa dia menarik diri daripada saingan Terbuka Indian Wells.
Jaguh dari Amerika Syarikat itu hanya beraksi 12 kali tahun ini dan bercadang untuk beraksi di gelanggang rumput sebelum menghadapi Wimbledon.
"Sememangnya, saya kekurangan waktu beraksi. Saya tidak berminat untuk memberi alasan apabila saya berlatih untuk menghadapi kejohanan," kata Williams.
"Saya mungkin mengambil tiket wildcard sebagai persiapan menghadapi Wimbledon.
"Buat masa ini, saya masih lagi jauh ketinggalan daripada tahap terbaik tetapi saya tetap berusaha untuk kembali bermain dengan cemerlang," jelasnya.
Kenin mempamerkan beberapa pukulan berkualiti untuk merampas dua permainan dalam set pertama dan Williams mengakui gagal untuk menyerap tekanan lawan senegaranya itu.
"Saya berasakan dia bermain dengan baik. Kenin cemerlang dalam set pertama dan telah lama saya tidak melihat cara permainan yang diterapkannya.
"Dia beraksi cemerlang dan meraih kemenangan dalam perlawanan ini."