Goran Ivanisevic berpandangan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, mampu mengatasi rekod 20 gelaran utama yang diraih oleh legenda Switzerland, Roger Federer.
Djokovic meletakkan sasaran menjadi pemain kedua untuk menjuarai keempat-empat grand slam buat kali kedua, kejayaan yang pernah diraih oleh Rod Laver.
Menjuarai Terbuka Perancis hujung minggu ini akan menyaksikan pemain Serbia itu meraih gelaran grand slam yang ke-16, cuma ketinggalan satu di belakang Rafael Nadal dan empat di belakang Federer.
Djokovic lima tahun lebih muda daripada Federer dan kelihatan di tahap terbaik selepas mengatasi masalah kecederaan siku.
Juara Wimbledon 2001, Ivanisevic, percaya kedudukan Federer selaku pendahulu pemenang gelaran terbanyak sepanjang zaman kelihatan tidak akan kekal lama.
"Djokovic mungkin akan menjuarai empat gelaran dalam satu tahun, kemudian ia akan menjadi satu kisah yang berbeza.
"Tetapi anda melihat dirinya di tahap terbaik dan sukar untuk diatasi.
"Saya berasakan dia mampu mengatasi rekod Federer. Kualiti yang dipamerkan meletakkan dirinya sebagai pilihan muncul juara dan jika dia mampu meneruskan momentum ini, segalanya tidak mustahil buat Djokovic," katanya.
Djokovic mara ke suku akhir Terbuka Perancis semalam selepas menewaskan Jan-Lennard Struff 6-3, 6-2, 6-2 di Gelanggang Philippe-Chatrier.