Novak Djokovic dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan straight-set ke atas Salvatore Caruso, dengan Jan-Lennard Struff menantinya dalam pusingan keempat Terbuka Perancis selepas menyingkirkan Borna Coric.
Pilihan utama, Djokovic, meraih kemenangan 6-3, 6-3, 6-2 ketika berdepan Caruso tetapi dipaksa bekerja keras di Roland Garros tahun ini. Jaguh Serbia itu bakal berdepan Struff selepas wakil Jerman itu mengatasi Coric dalam aksi lima set 4-6, 6-1, 4-6, 7-6 (7-1), 11-9.
Djokovic mengakui Caruso menghadirkan masalah kepadanya dan dia terpaksa mengubah pendekatan dan meningkatkan tempo permainan untuk merakamkan kemenangan dalam tiga set.
"Caruso memiliki motivasi yang tinggi. Saya berasakan dia mempunyai perancangan rapi untuk perlawanan ini dan dia telah menampilkan permainan yang berkualiti.
"Sememangnya, dia telah berjaya mengejutkan saya. Saya terpaksa mengubah taktikal dalam perlawanan ini. Saya turut meningkatkan permainan saya dan berjaya memenangi perlawanan.
"Ia kemenangan straight-set tetapi ia tidak mencerminkan pertembungan ini," ujarnya.