Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Nadal mara selepas Kokkinakis tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafaelnadal.jpg
Rafael Nadal memperoleh kemaraan percuma ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas Thanasi Kokkinakis menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua di New York, awal pagi tadi.

Bintang Sepanyol itu -- yang juga pilihan kedua kejohanan -- sepatutnya turun ke gelanggang di Stadium Arthur Ashe untuk berdepan Kokkinakis.

Namun, juara grand slam 18 kali itu, kini boleh berehat menjelang pusingan ketiga selepas lawannya itu terpaksa menarik diri daripada kejohanan.

Perlawanan di antara Marin Cilic dan Cedrik-Marcel Stebe di Stadium Louis Armstrong terpaksa dipindahkan ke Stadium Arthur Ashe bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Nadal akan berdepan sama ada Fernando Verdasco atau Hyeon Chung dalam pusingan ketiga di Flushing Meadows, dengan pemain berusia 33 tahun itu sedang memburu gelaran keempatnya dalam Terbuka AS.

Advertisement

Must Watch Video