Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Nadal lepasi halangan Millman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafaelnadal-cropped_wt5odr04pnqn1112i3k38w9j7.jpg
Rafael Nadal mengekalkan rekod bersih dalam pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mengatasi cabaran John Millman, awal pagi tadi.

Pemenang 18 kali grand slam itu tidak berdepan cabaran sukar untuk menundukkan wakil Australia, Millman, apabila menang mudah 6-3, 6-2, 6-2 di Stadium Arthur Ashe.

Nadal -- juara tiga kali di Flushing Meadows -- kini mencatat rekod kemenangan 15-0 dalam aksi pusingan pertama di New York.

Pilihan kedua dari Sepanyol itu akan berdepan seorang lagi wakil Australia, Thanasi Kokkinakis, dalam pusingan kedua.

Selepas melalui permulaan yang sukar berbalas pukulan, Nadal mendahului 3-1 tatkala Millman cuba tampil agresif dengan pukulan jauh.

Namun, segala usaha ketika melakukan servis dilihat gagal memperlahankan rentak Nadal.

Walaupun tidak berada pada prestasi terbaik, Nadal tampak selesa dan dia melengkapkan game kelima dalam set kedua, memaksa Millman melakukan kesilapan dengan pukulan yang menuju ke garisan.

Nadal mudah mengungguli set kedua dan melakukan permulaan cemerlang dalam set ketiga, mendahului hasil daripada corak sama.

Millman mengejutkan Roger Federer dalam laluannya ke suku akhir edisi tahun lalu tetapi dia tidak mampu menyamai persembahan yang dipamerkan Nadal sebelum lawannya meneruskan kemaraan.

Advertisement

Must Watch Video