Alexander Zverev akan bertemu Holger Rune manakala Casper Ruud pula akan membuat perhitungan dengan Alex Molcan dalam pusingan 16 Kejohanan Tenis Terbuka Munich.
Zverev dan Ruud -- yang masing-masing akan turun selaku pilihan utama dan kedua kejohanan itu -- mendapat laluan percuma dalam pusingan 32, di mana pemain peluang khas dari Denmark, Rune, menewaskan Jiri Lehecka 7-6, 6-3 untuk meneruskan kemaraan manakala Molcan pula mengalahkan rakan senegaranya dari Slovakia, Norbert Gombos, 6-1, 3-6, 7-6 awal pagi tadi.
Pemain remaja, Rune, memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir kejohanan peringkat jelajah dan mudah melebarkan rekod itu dalam acara kali ini.
Pemain pilihan ketujuh, Miomir Kecmanovic, turut tidak berdepan masalah untuk menewaskan Max Hans Rehberg 6-2, 6-3 dan akan bertemu Daniel Altmaier dalam pusingan 16.
Emil Ruusuvuori turut meneruskan kemaraan selepas membenam wakil Jepun, Yishihito Nishioka, 7-6, 7-5.

Quiet please ?, the players are ready for Munich! #BMWOpenbyAmex | @BMWOpen2022 pic.twitter.com/vtZChpTO1w
— ATP Tour (@atptour) April 25, 2022