Skip to main content

Advertisement

Tenis

Terbuka Munich: Garin singkir Zverev

alexanderzverev.jpg
Cristian Garin menyelamatkan dua mata akhir ketika menyingkirkan Alexander Zverev dalam suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Munich, awal pagi tadi.

Pemain Chile itu menewaskan pemain dalam kelompok lima terbaik dunia buat kali pertama selepas membenam juara dua kali itu 6-4, 5-7, 7-5 di gelanggang tanah liat.

Garin mensia-siakan tiga mata akhir ketika mendahului 5-4 dalam set kedua sebelum tewas, namun bangkit untuk menafikan kemenangan Zverev ketika wakil tuan rumah itu sedang mendahului 5-4 dalam set penentuan.

Pemain bukan pilihan itu memenangi 12 daripada 13 mata terakhir untuk merakamkan kemenangan mengejutkan ke atas Zverev, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir untuk bertemu Marco Cecchinato, yang menewaskan Marton Fucsovics 1-6, 7-5, 7-5 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Sementara itu, juara tiga kali, Philipp Kohlschreiber, tersingkir selepas tewas dalam aksi tiga set kepada Matteo Berrettini, yang akan bertemu pemain pilihan keempat, Roberto Bautista Agut, selepas pemain Sepanyol itu menewaskan wakil Argentina, Guido Pella, 4-6, 6-4, 6-0.

Advertisement

Must Watch Video