Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Terbuka Mallorca: Kerber lepasi ujian Garcia

angelique-kerber.jpg
Juara Wimbledon, Angelique Kerber, menampilkan aksi cemerlang di gelanggang rumput selepas berjaya lolos ke separuh akhir Terbuka Mallorca.

Kerber merakamkan kemenangan 6-3, 7-6 (7-5) ke atas Caroline Garcia untuk berdepan Belinda Bencic dalam separuh akhir.

Bencic sebelum itu meraih kemenangan 6-2, 6-2 ke atas pemain Amerika Syarikat, Amanda Anisimova.

Kerber, yang mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan pertama di Roland Garros, berkata Garcia telah memberikan tentangan sengit.

Dengan saingan Wimbledon bakal bermula kurang dari dua minggu lagi, ujian yang diberikan Garcia merupakan sesuatu yang diperlukan Kerber.

"Ia satu perkara yang baik menghadapi perlawanan yang sukar serta berdepan lawan yang berkualiti," kata Kerber.

Pemain di ranking ketujuh itu berkata lagi, "Saya berasakan berdepan Bencic akan menguji lagi kebolehan saya.

"Kami saling mengenali corak permainan masing-masing. Dia telah beraksi cemerlang tahun ini dan ini merupakan satu peluang untuk menilai kebolehan saya."
 

Advertisement

Must Watch Video