Perenang negara, Welson Sim, tidak berpuas hati dengan catatan masanya sekalipun meraih pingat emas dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka, hari ini.
Welson mencatat masa 3m 55.34s untuk menewaskan perenang Selangor, Yeap Zheng Yang, manakala wakil India, Sajan Prakash, di tempat ketiga.
Welson berkata ia bukanlah aksi terbaiknya kerana gagal memperbaiki catatan dalam saingan peringkat umur Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura, Mac lalu, iaitu 3m 52.89s.
Sedikit merisaukan apabila pemegang rekod kebangsaan berkenaan tergelincir selepas menamatkan acara itu tetapi bernasib baik tidak berdepan sebarang kecederaan.
"Dinding agak licin, jadi saya terjatuh tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa kecederaan. Catatan masa saya sedikit perlahan tetapi masih boleh diterima."
Seorang lagi perenang, Chan Jie dari Selangor, meraih pingat emas bagi acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 54.45s.
Meskipun gagal memperbaharui rekod kebangsaan milik Daniel Bego, iaitu 53.33s, yang diraih lapan tahun lalu, prestasi semasa Chan harus dipuji kerana mampu melakukan masa yang lebih pantas daripada rekod peribadinya, 54.74s.
"Saya masih mencuba untuk melayakkan diri untuk ke Kejohanan Dunia," kata Chan.