Perenang negara, Welson Sim, kekal konsisten untuk meraih pingat emas keduanya bagi acara 100 meter gaya bebas lelaki dalam saingan Terbuka Malaysia, hari ini.
Welson mengungguli acara itu dengan catatan 50.99 saat meninggalkan wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Keith Lim, yang mencatat masa 51.24 saat
Perenang Selangor, Chan Jie, sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan perbezaan masa 0.09 saat di belakang Keith.
Bagaimanapun, masa yang dicatat oleh Welson masih lagi bukan yang terbaik dalam acara ini jika dibandingkan dengan catatan di peringkat saringan iaitu 50.72 saat.
"Setakat ini segalanya berjalan dengan baik kerana kami dalam persiapan ke Sukan SEA jadi kami enggan memberikan segalanya-galanya," kata Welson.
Sementara itu, dalam acara 400m rampaian individu lelaki, Tiang Faang Der meraih pingat emas dengan catatan 4 minit 33.79 saat menewaskan Aravin Shaun dari Terengganu yang mencatat masa 4 minit 35.58 saat diikuti Sebastian soon dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tempat ketiga.
Dalam perkembangan lain, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015, Wong Fu Kang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa acara 200m kuak dada lelaki selepas tewas di tangan perenang Thailand, P. Kaewrungrueng yang menduduki tempat kedua manakala perenang Macau, Chao Man Hau membawa pulang pingat emas.
Senario itu membuktikan Fu Kang tidak berada di tahap sebenar apabila berada dalam keadaan yang kurang sihat dalam kejohanan ini.
"Perenang negara lain juga melakukan persiapan dengan baik. Contohnya perenang Thailand tadi yang saya sendiri pun tidak kenal. Dia mempamerkan aksi yang bagus," ujar Fu Kang.