Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Madrid: Kvitova mara ke pusingan ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petrakvitova.jpg
Petra Kvitova memiliki kelebihan apabila yakin dengan kemampuannya selepas mengatasi Kristina Mladenovic manakala Sloane Stephens menyingkirkan Victoria Azarenka daripada saingan Terbuka Madrid, semalam.

Pemain pilihan kedua, Kvitova -- dalam usaha untuk menjadi pemain wanita pertama untuk memenangi kejohanan utama WTA sebanyak empat kali -- terpaksa bekerja keras sebelum merakamkan kemenangan 6-3, 7-6 (7-5) di Gelanggang Court Manolo Santana.

Juara bertahan itu, yang berada di landasan terbaik selepas menjuarai Terbuka Stuttgart, berkata, "Saya cuba bermain dengan baik di setiap permukaan dan saya berasakan kali ini merupakan satu cabaran buat saya.

"Saya berjuang sehabis mungkin dan akhirnya berjaya meraih kemenangan. Permukaan tanah liat dan cuaca di sini agak berbeza berbanding venue lain. Jadi, saya sentiasa memerlukan masa untuk merakamkan kemenangan."

Sorana Cirstea atau Caroline Garcia bakal menjadi lawan Kvitova dalam pusingan ketiga.

Stephens pula merupakan salah seorang pillihan utama yang mara di Caja Magica dengan mengatasi Azarenka 6-4, 2-6, 6-2 untuk ke pusingan 16.
 

Advertisement

Must Watch Video