Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Langkawi 2019: Wakil Russia muncul juara

fivblangkawi2019-140419_kuvicha-kislytsyn-5007.jpg
Selepas empat hari Pertandingan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)-Terbuka Langkawi 2019 masuk hari terakhir dengan tumpuan kepada perlawanan separuh akhir lelaki dan wanita dan juga perlawanan penentuan pingat.

Pingat emas dalam kategori lelaki menjadi milik pasangan Russia, Anton Kislytsyn-Daniil Kuvichka, selepas menumpaskan rakan senegara dalam perlawanan akhir. Kategori wanita pula dimenangi pasangan Amerika Syarikat, Lara Dykstra-Cassie House selepas perlawanan akhir yang sengit hari ini.

Kislytsyn-Kuvichka membawa pulang emas selepas mengalahkan rakan senegara, Andrey Bolgov-Vladislav Ermilov, 21-16, 21-16 dalam perlawanan akhir lelaki. Sebelum itu, Kislytsyn-Kuvichka mengetepikan pasangan Jepun, Hitoshi Murakami-Takashi Tsuchiya, 25-23, 21-16.

Mengulas kemenangan mereka, Kuvichka berkata, "Kami sangat gembira dengan kemenangan ini yangt merupakan kejohanan FIVB ketiga kami. Ia adalah kemenangan yang sangat penting.

"Ini kali keenam kami menemui Bolgov-Ermilov dan ini merupakan kemenangan pertama kami. Perlawanan ini amat sukar dalam keadaan cuaca panas yang sangat ketara dan untuk memenangi pingat emas, ini merupakan perasaan yang luar biasa!"

Dalam kategori wanita, juara Terbuka Langkawi 2019, Dykstra-House berjaya meraih pingat emas kedua mereka selepas kemenangan Battambang di Kemboja baru-baru ini.

Walaupun kalah set pembukaan, pasukan Amerika Syarikat itu bangkit semula dalam set kedua untuk memaksa set tie-break, yang menyaksikan pasangan itu menang ke atas pemengang pingat gangsa Satun, Diana Lunina-Maryna Samoday.

Dykstra-House sebelum ini mengalahkan Dimitra Manavi-Konstantina Tsopoulou dari Greece, 17-21, 21-8, 19-17 dalam perjalanan ke perlawanan akhir.

Mengulas selepas memenangi pingat emas kedua berturut-turut, Dykstra-House berkata, "Kami amat teruja dengan kemenangan ini! Saya fikir emas kedua ini lebih sukar kerana kami terpaksa mengharungi cabaran yang hebat dalam perjalanan ke perlawanan akhir.

"Ia memaksa kami memberi fokus untuk lebih konsisten bagi memenangi pertandingan ini. Itu adalah amat sukar untuk pasukan baru seperti kami tetapi kami bangga kerana berjaya meningkatkan prestasi kami dan komunikasi antara kami berdua.

“Tahun ini kami berjaya menyaksikan pertandingan bola tampar pantai yang amat hebat dari beberapa atlet terbaik dan berbakat dari kalangan negara-negara kuasa bola tampar pantai terbesar di dunia!"

"Terdapat banyak aksi dan drama hebat dalam kategori lelaki dan wanita, dengan keputusan yang di luar jangkaan. Pertama sekali, syabas kepada kesemua pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi Terbuka Langkawi 2019, dari pusingan kelayakan hingga perlawanan separuh akhir dan akhir hari ini.

"Tahniah kepada pemenang pingat, terutama Anton Kislytsyn-Daniil Kuvichka dan Lara Dykstra-Cassie House atas kejayaan memenangi pingat emas," kata Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd, Andrew Ching, penganjur edisi Terbuka Langkawi 2019.

Advertisement

Must Watch Video