Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Langkawi 2019: Pasangan Australia lolos ke suku akhir

fivblangkawi2019-120419_dickson-ferguson-aus_img_1204.jpg
Hari kedua Pertandingan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa  (FIVB) -Terbuka Langkawi 2019 menyaksikan permulaan fasa pertama pertandingan perlawanan utama hari ini.

Kesemua 32 perlawanan dipertandingkan dalam fasa pertama menerusi empat pasukan dalam setiap kumpulan dan fasa empat kumpulan dalam pertandingan lelaki dan wanita diadakan untuk menentukan pasukan di kedudukan terutama daripada setiap kumpulan untuk layak ke pusingan 12 esok.

Dalam kategori lelaki, 12 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Pusingan 12 adalah: Tim Dickson/Marcus Ferguson (AUS), Andrey Bolgov/Vladislav Ermilov (RUS), Piotr Illewicz/Adrian Sdebel (POL). Thomas Hartles/Alini Nicklin (NZL), Jorn Olva Gamlemoen/Christian Helland (NOR), Hitoshi Murakami/Takashi Tsuchiya (JPN), Masato Kurasaka/Kensuke Shoji (JPN), Denys Denysenko/Vladyslav Iemelianchyk (UKR), Jumpei Ikeda/Katsuhiro Shiratori (JPN), Alexey Kuleshov/Artem Petrossyants (KAZ), Koichi Nishimura/Daisuke Shibata (JPN) dan Daniil Kuvichka/Anton Kislytsyn (RUS).

Setelah memenangi kedua-dua perlawanan dalam kumpulan masing-masing, empat pasukan menempah tempat terus ke pusingan suku akhir melalui sistem 'bye' yang akan berlangsung petang esok.

Empat pasukan itu adalah, Dickson/Ferguson (AUS), Bolgov/Ermilov (RUS), Sdebel/Illewicz (POL) dan Hartles/Nicklin (NZL). Baki lapan pasukan akan bertarung dalam pusingan 12 perlawanan yang akan berlangsung pagi esok untuk tempat suku akhir masing-masing.

12 pasukan wanita yang telah berjaya menempah tempat mereka ke perlawanan pusingan 12 esok adalah: Lara Dyskstra/Cassie House (USA), Dimitra Manavi/Konstantina Tsopoulou (GRE), Ioana-Alexandra Ordean/Beata Vaida (ROU), Satono Ishitsubo/Asami Shiba (JPN), American teenage twins Audrey Nourse/Nicole Nourse (USA), Pronsuda Kritsana/Sumintra Sow (THA), Sakurako Fujii/Minori Kumada (JPN), Francesca Kirwan/Olivia MacDonald (NZL), Chuo Hwa Chia/Lai Jessie (MAS), Yurika Sakaguchi/Mayu Sawame (JPN), Annemieke Driessen/Ilke Meertens (NED) dan Diana Lunina/Maryna Samoday (UKR).

Sama seperti pasukan lelaki, empat pasukan wanita yang berjaya mara terus ke pusingan suku akhir menerusi 'bye' setelah memenangi kedua-dua perlawanan masing masing adalah Dyskstra/House (USA), Manavi/Tsopoulou (GRE), Ordean/Vaida (ROU) dan Ishitsubo/Shiba (JPN).

Lapan pasukan selebihnya perlu menang perlawanan pusingan 12 masing-masing pagi esok untuk menempah tempat ke peringkat suku akhir.

Gembira dengan kejayaan mara ke pusingan 12 dan membawa harapan negara tuan rumah, pasangan wanita dari Malaysia, Chuo Hwa/Jessie (MAS) berkata, "Persaingan di sini berada di tahap yang sangat tinggi dengan adanya beberapa pasukan yang sangat berpengalaman.

"Bagi kami, ini adalah peluang yang berharga untuk berkembang dan meningkatkan lagi kemahiran kami. Kami pasti akan mencuba dan memberikan yang terbaik untuk perlawanan esok."

Advertisement

Must Watch Video