Saingan Jejalah Dunia Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) edisi 2019-Kejohanan Bola Tampar Pantai Terbuka Langkawi bermula hari ini dengan saingan kelayakan yang berlangsung di Pantai Tengah, Pulau Langkawi.
Bagi kategori lelaki, dua wakil Jepun, Koichi Nishimura-Daisuke Shibata dan Masato Kurasaka-Kensuke Shoji mara ke pusingan utama menerusi kemenangan mengatasi Aleksander Sørum-Jonas Tomter (Norway) 21-18, 16-21, 15-11) sementara Shoji-Kurasaka mudah mengatasi wakil Iran, Alireza Aghajani-Ahad Emamgolipourahangar, 21-16, 21-17.
Russia bakal diwakili dua pasukan -- Anton Kislytsyn-Daniil Kuvichka dan Andrey Bolgov-Vladislav Ermilov.
Kislytsyn-Kuvichka menundukkan pasangan New Zealand, Sam O’Dea-Johann Timmer, 21-12, 21-23, 20-18 dan wakil Kanada, Hugo Rosso-Bonneau-Adam Thompson, 21-12, 21-10.
Jalan mudah buat satu lagi pasangan Russia, Bolgov-Ermilov, yang mengatasi wakil Norway, Stian Opsahl-Christian Ruud, 21-13, 21-15 dan kemudian, Alexandr Babichev-Yegor Dmitriyev dari Kazakhstan, 23-21, 21-18.
Pasangan Poland, Piotr Illewicz-Adrian Sdebel, bertuah apabila melengkapkan senarai lima pasukan bersaing dalam saingan utama selepas meraih kemenangan dalam perlawanan pertama ke atas wakil Austria, Simon Baldauf-Jakob Reiter, sebelum tewas kepada Shoji-Kurasaka dalam perlawanan kedua.
Sementara itu, dalam saingan wanita, dua kemenangan yang dilakar oleh wakil Romania, Ioana-Alexandra Ordean-Beata Vaida, ke atas wakil Sweden, Fanny Lindstrom-Sara Malmstrom, 25-23, 21-14 dan gandingan Russia, Anastasiia Frolova-Aleksandra Ganenko, untuk saingan utama.
Turut mencuri tumpuan, pasangan kembar dari Amerika Syarikat, Audrey Nourse-Nicole Nourse ke saingan utama setelah mencipta kemenangan mengatasi wakil dari Hungary dan Switzerland, Eszter Lutter-Szandra Szombathelyi, 21-17, 21-17 dan Kim Huber-Melina Hubscher 23-21, 21-14.
Yurika Sakaguchi-Mayu Sawame pula menjadi wakil tunggal Asia dalam kategori wanita dalam saingan utama selepas mengatasi Dominika Hafra-Dorottya Szabo dari Hungary 21-17, 21-17 dan Varvara Brailko-Anete Namike dari Latvia 21-16, 21-15.
"Selepas beberapa bulan membuat persiapan, Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai FIVB-Terbuka Langkawi 2019 membuka tirai dengan jadual padat bagi aksi kelayakan kategori lelaki dan wanita.
"Tahniah kepada pasukan yang melangkah ke pusingan utama yang bakal bermula esok. Kami menjangkakan perlawanan yang lebih menarik dalam saingan utama bagi menghiburkan penyokong yang hadir," kata Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd, Andrew Ching, yang bertindak selaku penganjur dan pemasar edisi 2019 ini.
Kejohanan ini akan bersambung dalam pusingan utama bermula esok dan perlawanan suku akhir akan berlangsung Sabtu ini. Aksi separuh akhir dan akhir dijadualkan Ahad ini.