Taylor Townsend mencetus kejutan terbesar dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila bangkit daripada kekalahan dalam set pertama untuk menyingkirkan pilihan keempat kejohanan, Simona Halep, dalam pusingan kedua di New York, awal pagi tadi.
Selaku juara Kejohanan Wimbledon, Halep dijangkakan tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan daripada pusingan kelayakan dan di ranking ke-116 dunia itu.
Namun, kebangkitan menakjubkan yang dilakukan Townsend menyaksikan dia lebih layak ke pusingan ketiga hasil kemenangan 2-6, 6-3, 7-6.
Halep memaparkan aksi dominan untuk memenangi set pertama, namun Townsend mencetus inspirasi dalam set kedua yang menghidupkan suasana di Stadium Arthur Ashe.
Bekas pemain remaja perempuan nombor satu dunia itu memaparkan gerakan refleks luar biasa di depan jaring bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Townsend, yang sebelum ini dilihat gagal memenuhi potensinya selepas peringkat remaja, meneruskan asakan dan menghukum servis kedua Halep untuk meraih mata dalam game kelima.
Dengan hanya sekali melangkah ke pusingan ketiga kejohanan grand slam sebelum ini, kegugupan jelas menjadi sebahagian permainan Townsend dalam set penentuan itu.
Dan ia dapat dilihat ketika dia mensia-siakan dua mata akhir ketika servis di tangannya sambil Halep mula menemui sentuhan sebenarnya pada penghujung saingan.
Bagaimanapun, Halep turut terlepas mata akhir gara-gara kesilapannya sendiri sebelum bintang Romania itu melakukan pukulan yang tersangkut di jaring untuk Townsend mengangkatkan kedua-dua tangannya sebagai meraikan kemenangan terhebat sepanjang kariernya.