Skip to main content

Tenis

Terbuka Houston: Hujan berterusan paksa saingan dibatalkan buat hari ketiga berturut-turut

max-purcell.jpg
Hanya satu perlawanan dapat dilengkapkan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Houston hari ini apabila pihak penganjur mengumumkan bahawa mereka terpaksa membatalkan saingan bagi menjaga permukaan gelanggang menjelang waktgu sibuk kejohanan itu hujung minggu ini.

Ia merupakan hari ketiga berturut-turut saingan itu terpaksa dibatalkan kerana cuaca hujan berterus tetapi sebaik memenangi set pertama pada Khamis lalu, Max Purcell dibenarkan untuk meneruskan saingan sebelum meraih kemenangan 6-4, 3-6, 6-3 ke atas Daniel Altmaier hari ini.

Perlawanan set terakhir pusingan pertama di antara dua pemain itu hanya dapat diselesaikan hari ini, walaupun penganjur kekurangan masa untuk melangsungkan perlawanan pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan final berdasarkan kekangan waktu sebelum Jelajah ATP meneruskan saingan.

Pemain pilihan utama, Frances Tiafoe, masih belum dapat beraksi selepas menerima laluan percuma ke pusingan kedua dan pemain pilihan kedua, Tommy Paul, juga mengalami nasib sama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pengarah kejohanan itu, Bronwyn Greer, berkata: "Kami mahu memastikan permukaan gelanggang kami kekal berada dalam keadaan terbaik untuk menyelesaikan saingan hujung minggu ini.

"Dengan itu, kami membuat keputusan untuk membatalkan saingan hari ini, kecuali aksi set ketiga perlawanan terakhir pusingan pertama."
 
 

Advertisement

Must Watch Video